Selangor laksana 11,963 operasi banteras perniagaan tanpa lesen sejak 2024

20 Nov 2026, 5:08 AM
Selangor laksana 11,963 operasi banteras perniagaan tanpa lesen sejak 2024
Selangor laksana 11,963 operasi banteras perniagaan tanpa lesen sejak 2024
Selangor laksana 11,963 operasi banteras perniagaan tanpa lesen sejak 2024
Selangor laksana 11,963 operasi banteras perniagaan tanpa lesen sejak 2024

SHAH ALAM, 20 NOV: Sebanyak 11,963 operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti perniagaan tanpa lesen, termasuk yang melibatkan warga asing, dilaksanakan di Selangor sepanjang 2024 hingga September tahun ini.

EXCO Kerajaan Tempatan, Dato’ Ng Suee Lim berkata operasi berkala oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bertujuan memastikan semua aktiviti perniagaan mematuhi peraturan dan syarat pelesenan yang ditetapkan.

Menurutnya, sebanyak 3,839 operasi direkodkan pada 2024, diikuti 3,793 operasi pada 2025, manakala 4,331 operasi dilaksanakan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

“Berdasarkan pecahan penguatkuasaan PBT bagi tempoh sama, Majlis Perbandaran Ampang Jaya menjalankan 4,982 operasi diikuti, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (2,482), Majlis Bandaraya Diraja Klang (2,072), Majlis Perbandaran Selayang (735), Majlis Perbandaran Kajang (588), Majlis Perbandaran Kuala Selangor (537).

“Majlis Perbandaran Kuala Langat (229), Majlis Bandaraya Shah Alam (120), Majlis Perbandaran Hulu Selangor (76), Majlis Bandaraya Subang Jaya (73), Majlis Perbandaran Sepang (60), dan Majlis Daerah Sabak Bernam (9),” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Suee Lim berkata Kerajaan Negeri setakat ini tidak berhasrat menubuhkan pasukan petugas khas bersepadu baharu bagi memperkukuh penguatkuasaan berikutan kerjasama sedia ada dengan pelbagai agensi keselamatan, termasuk Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Operasi bersepadu berkenaan dilaksanakan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang agensi masing-masing. Ini membolehkan tindakan terhadap kesalahan pelesenan perniagaan dan pelanggaran undang-undang imigresen diambil secara serentak.

“Bagaimanapun, keperluan untuk mengadakan penguatkuasaan khusus itu ada. Saya akan pertimbangkan dengan PBT untuk buat satu jawatankuasa bersepadu menerjah mereka,” katanya.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.