Jambatan Bailey Kubu Gajah: 12 bay struktur utama siap dipasang

16 Nov 2026, 1:18 AM
Jambatan Bailey Kubu Gajah: 12 bay struktur utama siap dipasang
Jambatan Bailey Kubu Gajah: 12 bay struktur utama siap dipasang
Jambatan Bailey Kubu Gajah: 12 bay struktur utama siap dipasang
Jambatan Bailey Kubu Gajah: 12 bay struktur utama siap dipasang

SHAH ALAM, 16 NOV: Sebanyak 12 bay struktur utama Jambatan Bailey sepanjang 120 kaki atau kira-kira 36.6 meter di Jalan Kubu Gajah, Sungai Subang siap dipasang setakat 11 malam tadi.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Petaling memaklumkan kerja pelancaran atau launching jambatan turut mencapai kemajuan sejauh lima bay ke hadapan.

Menurutnya, kerja pemasangan yang bermula pada 9.30 pagi semalam dilaksanakan pasukan Bailey JKR Petaling dengan kerjasama JKR Klang, JKR Hulu Langat dan Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

“Baki kerja merangkumi penyempurnaan kerja pelancaran jambatan, pemasangan deck slab serta pembinaan jalan pendekat termasuk kerja roadbase dan penurapan premix,” menurut kenyataan itu.

JKR Daerah Petaling akan terus menyelaras dan memantau pelaksanaan kerja bagi memastikan jambatan berkenaan disiapkan dengan selamat serta mengikut perancangan.

Pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) giat menjalankan kerja pemasangan struktur Jambatan Bailey di Jalan Kubu Gajah, Sungai Subang pada 15 November 2026. Foto JKR Daerah Petaling

"Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati dan mematuhi arahan kawalan trafik di kawasan kerja," katanya.

Pembinaan jambatan sementara itu susulan kejadian jambatan utama di Jalan Kubu Gajah runtuh kira-kira jam 2 pagi pada 4 November lalu akibat hujan lebat dan peningkatan paras air Sungai Subang.

Kejadian menyebabkan laluan menghubungkan Kampung Kubu Gajah dengan Paya Jaras Hilir terputus, sekali gus menjejaskan akses lebih 4,500 rumah di kawasan sekitar.

Susulan itu, Kerajaan Negeri mengambil tindakan membina Jambatan Bailey sementara bagi memulihkan perhubungan penduduk.

EXCO Infrastruktur, Dato’ Ir Izham Hashim sebelum ini memaklumkan kerja pemasangan jambatan dijadualkan bermula 13 November dan disasarkan siap menjelang akhir bulan ini.

Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM20 juta bagi pembinaan jambatan kekal baharu yang lebih lebar, panjang dan tinggi bagi menampung aliran Sungai Subang serta mengurangkan risiko banjir.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.