Jalan Batu 12 Bukit Puchong ditutup mulai esok malam

15 Nov 2026, 10:00 AM
Jalan Batu 12 Bukit Puchong ditutup mulai esok malam

SHAH ALAM, 15 NOV: Sebahagian Jalan Batu 12, Bandar Bukit Puchong ditutup esok bermula jam 10 malam bagi memberi laluan kerja-kerja membaiki lapisan permukaan jalan raya yang rosak.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Petaling memaklumkan kerja membaru muka jalan itu dijangka dilaksana sehingga 30 November depan melalui kaedah korekan membuang lapisan sedia dan turapan baharu (mill and pave).

Jabatan itu menjelaskan, penutupan jalan sehingga jam 5 petang bagi memastikan kelancaran pelaksanaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

“Skop kerja yang dilaksanakan merangkumi membaru muka jalan dengan kaedah mill and pave, mengecat garisan jalan dan petak kuning di persimpangan berlampu isyarat.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memperlahankan kenderaan, mematuhi papan tanda serta arahan petugas trafik dan merancang perjalanan masing-masing,” katanya.

Kategorihebahan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.