Suspek bunuh isteri di kuarters KLIA didakwa esok

25 Okt 2026, 7:26 AM
Suspek bunuh isteri di kuarters KLIA didakwa esok

NILAI: Suspek yang disyaki membunuh isterinya yang juga pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), di sebuah unit kediaman di kuarters KLIA, pada 15 Oktober lalu akan dituduh esok.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata suspek yang berusia 37 tahun akan dituduh di Mahkamah Majistret Seremban, lapor Berita Harian.

"Susulan arahan pertuduhan yang diperoleh, suspek yang disyaki terbabit dalam kes kematian seorang pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), pertengahan bulan ini dijangka dituduh esok.

"Suspek akan dibawa ke Majistret Seremban untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita, Norhazwani Ibrahim, 35, maut dipercayai dibunuh suaminya di rumah mereka di sebuah kediaman kakitangan awam kira-kira jam 7 malam.

Motif kejadian dipercayai akibat perselisihan rumah tangga yang mana mangsa dikatakan meminta cerai daripada suspek dan difahamkan permohonan cerai sudah difailkan ketika suspek masih berada dalam penjara.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian wanita akibat tekanan pada leher selain kesan tikaman ditemui pada perut serta pipi mangsa.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.