Selangor sedia Baucar Kita Selangor Gig RM100 sebulan kepada 5,000 pekerja 

13 Nov 2026, 10:17 AM
Selangor sedia Baucar Kita Selangor Gig RM100 sebulan kepada 5,000 pekerja 
Selangor sedia Baucar Kita Selangor Gig RM100 sebulan kepada 5,000 pekerja 

SHAH ALAM, 13 NOV: Kerajaan Negeri akan menyalurkan Baucar Kita Selangor Gig sebanyak RM100 sebulan selama setahun kepada 5,000 anak Selangor yang bekerja sebagai penunggang p-hailing berdaftar.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari baucar berkenaan akan disekalikan dengan program latihan pendedahan teknologi serta peluang industri baharu yang mampu diceburi melalui modul latihan ekspres.

Beliau berkata program latihan berkenaan akan dilaksanakan oleh Pusat Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) dengan kos sebanyak RM10 juta.

“Walaupun hasrat awal industri gig hanyalah untuk menyediakan peluang pekerjaan sementara, namun kita sedar bahawa masih ramai penunggang p-hailing yang menghadapi kesukaran mencari pekerjaan tetap lantaran kemahiran yang dimiliki tidak sepadan dengan keperluan pekerjaan.

“Bagi mengatasi cabaran tersebut, Kerajaan Negeri akan menyalurkan Baucar Kita Selangor Gig sebanyak RM100 sebulan bersamaan RM1,200 setahun yang menyasarkan 5,000 anak Selangor yang bekerja sebagai penunggang p-hailing berdaftar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2027 dengan tema 'Negeri Progresif, Institusi Dijunjung, Rakyat Disantuni' di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Pada Belanjawan 2027, Putrajaya mengumumkan pakej perlindungan dan peningkatan pendapatan bernilai RM160 juta kepada kira-kira 600,000 pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing yang akan dilaksanakan tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pakej itu akan dibiayai bersama oleh kerajaan dan Grab, merangkumi peningkatan kadar pendapatan minimum, bantuan kos penyelenggaraan kenderaan dan insurans serta caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.