Gangguan bekalan elektrik menyebabkan hampir seluruh Kyiv bergelap pada Khamis

6 Nov 2026, 5:28 AM
Gangguan bekalan elektrik menyebabkan hampir seluruh Kyiv bergelap pada Khamis

MOSCOW, 6 NOV: Gangguan bekalan elektrik menyebabkan hampir seluruh Kyiv, ibu negara Ukraine bergelap pada Khamis, menurut agensi berita Ukraine, Ukrinform, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Ukrinform menerusi saluran Telegramnya melaporkan bahawa gangguan bekalan elektrik kecemasan dan tidak berjadual sedang dilaksanakan di beberapa daerah di tebing kanan bandar berkenaan.

Agensi berita itu turut menyiarkan rakaman video yang menunjukkan kawasan perumahan di seluruh ibu negara berkenaan kelihatan tidak mempunyai bekalan elektrik.

Lampu isyarat hanya berfungsi di beberapa lokasi, manakala lampu di sebahagian pangsapuri masih menyala.

Terdahulu pada Khamis, Datuk Bandar Kyiv Vitali Klitschko berkata terdapat keraguan serius sama ada perkhidmatan penting di Kyiv dapat terus beroperasi dengan stabil.

Pada 4 Nov, Pengarah Pusat Penyelidikan Industri Tenaga Ukraine Oleksandr Kharchenko berkata kapasiti penjanaan elektrik Kyiv sendiri telah musnah dan tidak dapat dipulihkan sepenuhnya.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.