Beberapa kawasan di Selangor, KL alami gangguan bekalan elektrik

15 Dis 2025, 5:03 AM
Beberapa kawasan di Selangor, KL alami gangguan bekalan elektrik

SHAH ALAM, 15 Dis: Beberapa kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan elektrik hari ini.

Jurucakap Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan bagi memulihkan bekalan di kawasan terlibat.

“Pasukan teknikal kami sedang berada di lokasi untuk melaksanakan kerja-kerja membaik pulih bekalan elektrik. Kesabaran anda amat kami hargai dan segala kesulitan amat dikesali,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan berasingan, TNB memaklumkan gangguan bekalan elektrik di sekitar Petaling Jaya berjaya dipulihkan sepenuhnya pada jam 12.06 tengah hari.

Menurut TNB, gangguan tersebut berlaku pada jam 11.28 pagi sebelum pasukan teknikal digerakkan segera ke lokasi terlibat.

Sehubungan itu, TNB menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika mengendalikan peralatan elektrik, terutamanya semasa gangguan bekalan berlaku, memandangkan bekalan boleh dipulihkan pada bila-bila masa.

Orang ramai juga digalakkan untuk melaporkan sebarang gangguan bekalan elektrik melalui saluran rasmi TNB bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Apa reaksi anda?