Pukul warga emas hingga maut, tiga ahli keluarga ditahan

5 Nov 2026, 12:00 PM
Pukul warga emas hingga maut, tiga ahli keluarga ditahan

SEREMBAN, 5 NOV: Tiga individu termasuk seorang lelaki dan dua wanita ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki warga emas yang dipercayai dipukul sehingga maut di sebuah rumah di sini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata suspek berusia 28 hingga 34 tahun itu mempunyai pertalian persaudaraan dengan mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an.

“Hari ini, polis menerima laporan berkenaan satu video tular menerusi TikTok memaparkan seorang lelaki warga emas berusia 60-an didapati didera oleh beberapa individu dan telah meninggal dunia semalam.

"Susulan itu, polis menjalankan siasatan, sebelum menahan tiga individu tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alzafny berkata polis turut merampas beberapa barang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu, termasuk getah paip, sebuah kerusi roda, telefon bimbit dan pakaian.

-- BERNAMA

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.