Platform KTM Komuter Mid Valley, Seputeh berubah mulai 10 November

5 Nov 2026, 12:30 AM
Platform KTM Komuter Mid Valley, Seputeh berubah mulai 10 November

SHAH ALAM, 5 NOV: Perkhidmatan KTM Komuter Laluan Lembah Klang akan mengalami perubahan platform di Stesen Mid Valley dan Seputeh mulai 10 November hingga 4 Disember ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan perubahan itu susulan kerja menaik taraf infrastruktur dan sistem landasan berkembar Lembah Klang (KVDT) antara KL Sentral dengan Salak Selatan yang dilaksanakan secara berperingkat sehingga Disember 2026.

Menurut notis KTMB, platform 2 di Stesen Mid Valley akan ditutup sementara, manakala penumpang perlu menggunakan platform 1 sepanjang tempoh berkenaan.

Di Stesen Seputeh pula, platform 1 akan ditutup sementara dan perkhidmatan tren akan menggunakan platform 2.

KTMB menasihatkan penumpang supaya sentiasa peka terhadap pengumuman di stesen berhubung sebarang perubahan platform dan perkhidmatan tren sebelum memulakan perjalanan.

Penumpang juga boleh mendapatkan bantuan lanjut daripada kakitangan stesen yang bertugas.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan KTM Komuter boleh diperoleh menerusi laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.