KTMB kesan kabel semboyan 60 meter dipotong di Padang Jawa

19 Okt 2026, 8:03 AM
KTMB kesan kabel semboyan 60 meter dipotong di Padang Jawa

SHAH ALAM, 19 OKT: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesan kabel semboyan sepanjang kira-kira 60 meter dipotong pihak tidak bertanggungjawab susulan gangguan sistem pengesanan landasan di laluan Padang Jawa–Shah Alam–Batu Tiga, pagi tadi.

KTMB dalam kenyataan memaklumkan gangguan itu dilaporkan pada jam 6.20 pagi sebelum anggota Polis Bantuan KTMB digerakkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kabel semboyan (signalling) jenis empat teras 16 milimeter (mm) sepanjang kira-kira 60 meter telah dipotong. Kerja-kerja baik pulih dan penyambungan semula kabel sedang giat dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, KTMB memaklumkan pihaknya akan terus memperketat kawalan di sepanjang laluan berisiko bagi mengekang kegiatan vandalisme dan kecurian aset kereta api, selain memastikan kelancaran operasi tren.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjalankan kerja baik pulih kabel semboyan yang dipotong di laluan Padang Jawa–Shah Alam–Batu Tiga pada 19 Oktober 2026 bagi memastikan kelancaran operasi tren. Foto KTMB

KTMB turut menyeru orang awam supaya melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berhampiran landasan kepada Pusat Pengumpulan dan Penyaluran Maklumat Polis Bantuan KTMB menerusi talian 03-2263 1194 yang beroperasi 24 jam.

“Maklumat juga boleh disalurkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhampiran untuk tindakan segera,” menurut kenyataan itu.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.