Jambatan Bailey dibina di Merbau Sempak, pulih akses 4,500 rumah

4 Nov 2026, 5:55 AM
Jambatan Bailey dibina di Merbau Sempak, pulih akses 4,500 rumah
Jambatan Bailey dibina di Merbau Sempak, pulih akses 4,500 rumah
Jambatan Bailey dibina di Merbau Sempak, pulih akses 4,500 rumah
Jambatan Bailey dibina di Merbau Sempak, pulih akses 4,500 rumah
Jambatan Bailey dibina di Merbau Sempak, pulih akses 4,500 rumah

SUNGAI BULOH, 4 NOV: Kerajaan Negeri akan membina jambatan Bailey sepanjang kira-kira 35 meter di Jalan Gajah Utama, Merbau Sempak bagi memulihkan akses lebih 4,500 rumah susulan kejadian jambatan runtuh akibat hujan lebat awal pagi tadi.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pemasangan jambatan sementara itu dijangka bermula dalam tempoh satu hingga dua hari selepas kerja pengalihan tiang elektrik di kawasan terbabit selesai.

Menurutnya, pembinaan jambatan Bailey menggunakan stok sedia ada milik Kerajaan Negeri itu dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga minggu tanpa perlu menyewa daripada pihak lain.

“Bagi maksud sementara, kita akan membina jambatan Bailey yang memang ada dalam stok kita di sini. Ia akan mengambil masa antara dua hingga tiga minggu untuk dibina.

“Cuma isu penting di sini ialah kita perlu mengalihkan tiang elektrik terlebih dahulu sebelum jambatan (Bailey) itu boleh dipasang,” katanya kepada media ketika meninjau lokasi kejadian di sini hari ini.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas meninjau jambatan Sungai Subang yang rosak akibat banjir kilat di Kubu Gajah, Sungai Buloh pada 4 November 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Amirudin berkata, jambatan sedia ada runtuh kira-kira jam 2 pagi tadi susulan hujan lebat dan peningkatan paras air Sungai Subang, sekali gus menyebabkan laluan berkenaan terpaksa ditutup.

Sementara itu, beliau berkata, kerja pembinaan jambatan kekal baharu pula dijangka bermula awal tahun depan dengan kos dianggarkan RM20 juta dan tempoh pelaksanaan maksimum sekitar dua tahun.

Katanya, jambatan berkenaan perlu diganti berikutan saiz Sungai Subang yang telah dilebarkan kepada kira-kira 40 meter, menyebabkan struktur jambatan lama menjadi sempit dan menghalang aliran air ketika hujan lebat.

“Kerja Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Subang telah selesai, tetapi berlaku penyendatan di kawasan jambatan yang masih menggunakan saiz lama.

“Keadaan inilah yang menyebabkan limpahan air dan turut menyumbang kepada keruntuhan jambatan ketika hujan lebat serta paras sungai yang tinggi akibat air pasang,” katanya.

Dalam kejadian itu, kira-kira 50 keluarga dilaporkan terjejas akibat banjir, manakala penutupan jambatan berkenaan menjejaskan akses lebih 4,500 rumah di kawasan sekitar.

Jambatan utama di Jalan Kubu Gajah, Merbau Sempak runtuh kira-kira jam 2 pagi tadi susulan hujan lebat sejak malam tadi, menyebabkan laluan menghubungkan Kampung Kubu Gajah ke Paya Jaras Hilir terputus.

Laluan itu ditutup kepada semua kenderaan atas faktor keselamatan, manakala beberapa laluan alternatif dicadangkan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memudahkan pergerakan penduduk sementara jambatan sementara dibina.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.