Tanah runtuh, pokok tumbang halang laluan Tapah-Cameron Highlands

3 Nov 2026, 9:26 AM
Tanah runtuh, pokok tumbang halang laluan Tapah-Cameron Highlands

SHAH ALAM, 3 NOV: Kejadian tanah runtuh di Batu 22, Jalan Tapah-Cameron Highlands menyebabkan laluan utama ke pusat peranginan itu terhalang pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kejadian pada jam 10.50 pagi itu turut mengakibatkan pokok tumbang dan menutupi jalan sepanjang 40 meter, lapor Berita Harian.

“Kerja pembersihan susulan pokok tumbang sudah dilakukan. Ketika ini, hanya satu laluan dibuka kepada kenderaan,” katanya.

Mohammad Nizar berkata laluan berkenaan masih selamat digunakan berdasarkan pemeriksaan Jabatan Kerja Raya (JKR), meskipun kejadian pokok tumbang berpunca daripada tanah runtuh.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.