Tanah runtuh di parkir pangsapuri di Subang Permata

2 Nov 2026, 1:38 PM
Tanah runtuh di parkir pangsapuri di Subang Permata

SHAH ALAM, 2 NOV: Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di kawasan parkir Pangsapuri Seri Nilam, Jalan Sigma U6/14, Subang Permata petang tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.17 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati runtuhan berlaku di kawasan parkir dengan anggaran ukuran 60.98 meter panjang dan 1.83 meter lebar.

“Pasukan penyelamat tiba di lokasi terletak kira-kira lapan kilometer pada 4.35 petang mendapati kejadian tanah runtuh di bahagian parkir kereta dan tidak membabitkan kemalangan jiwa.

“Anggota membuat pemantauan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada unsur unsur bahaya di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ashrul berkata pihak bomba turut memasang sawar-sawar di kawasan terjejas bagi menghalang kenderaan memasuki lokasi runtuhan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.