Banjir kilat: Dua PPS dibuka di Petaling susulan hujan lebat petang tadi

2 Nov 2026, 11:27 AM
Banjir kilat: Dua PPS dibuka di Petaling susulan hujan lebat petang tadi
Banjir kilat: Dua PPS dibuka di Petaling susulan hujan lebat petang tadi
Banjir kilat: Dua PPS dibuka di Petaling susulan hujan lebat petang tadi

SHAH ALAM, 2 NOV: Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah Petaling susulan banjir kilat akibat hujan lebat petang tadi, masing-masing di Dewan Siantan, Kampung Melayu Subang dan Dewan Resak, Subang Perdana.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Petaling berkata, kedua-dua PPS mula beroperasi jam 6 petang dan akan terus dibuka sepanjang tempoh diperlukan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan penduduk terjejas terpelihara.

Huzunul Khaidil Mohammed yang juga Pegawai Daerah Petaling memaklumkan kejadian itu dikategorikan sebagai Bencana Tahap 1.

"Semua agensi berkaitan diminta mengambil tindakan mengikut bidang tanggungjawab masing-masing bagi memastikan pengurusan bencana berjalan lancar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kawasan berhampiran Proton di Subang turut dilaporkan dinaiki air pada 2 November 2026. Foto Threads

Selain kawasan Subang, hujan lebat turut mencetuskan banjir kilat di beberapa lokasi lain di Selangor, termasuk Denai Alam, Puncak Alam, Sungai Buloh, Saujana Utama dan Damansara Uptown.

Beberapa laluan di kawasan terbabit turut dinaiki air sehingga menjejaskan pergerakan pengguna jalan raya.

Sementara itu, Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Kota Damansara, Nurasyikin Maarum meminta penduduk yang terjejas akibat banjir dan masih belum menerima bantuan makanan supaya menghubunginya menerusi WhatsApp atau mesej peribadi di talian 013-333 0423.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.