PRN Melaka: Saingan tiga penjuru di DUN Paya Rumput

31 Okt 2026, 3:13 AM
PRN Melaka: Saingan tiga penjuru di DUN Paya Rumput
PRN Melaka: Saingan tiga penjuru di DUN Paya Rumput
PRN Melaka: Saingan tiga penjuru di DUN Paya Rumput
PRN Melaka: Saingan tiga penjuru di DUN Paya Rumput

MELAKA, 31 OKT: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (HARAPAN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersama Malaysia (Bersama) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya N13 Paya Rumput, Safuan Effendy Mat Ghani di Pusat Penamaan Calon, Ballroom Stadium Hang Jebat, di sini, hari ini.

Calon HARAPAN, Datuk Azman Abidin bakal berentap dengan calon PN, Rafie Ahmad dan calon Bersama, Abdul Rashid Abu Bakar bagi merebut kerusi berkenaan.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), borang pencalonan calon HARAPAN diterima pada jam 9.01 pagi, diikuti calon PN pada jam 9.05 pagi dan calon Bersama pada jam 9.17 pagi.

Secara keseluruhan, proses penamaan calon di DUN Paya Rumput berlangsung lancar dan terkawal, dengan penyokong parti yang bertanding berhimpun dalam suasana harmoni. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Terdahulu, Safuan turut mengumumkan penutupan rasmi pusat penamaan calon berkenaan pada jam 10 pagi.

Secara keseluruhan, proses penamaan calon di DUN Paya Rumput berlangsung lancar dan terkawal, dengan penyokong parti yang bertanding berhimpun dalam suasana harmoni.

Pada PRN lalu, kerusi berkenaan dimenangi penyandangnya, Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin dengan majoriti 629 undi.

Beliau ketika itu menewaskan empat pencabar, termasuk bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mewakili HARAPAN dan Muhammad Fariz Izwan Mazlan (PN).

Turut bertanding ialah calon Bebas, Mohd Jaini Dimon serta Mohamad Hashidi Mohd Zin daripada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA).

Berdasarkan data SPR, DUN Paya Rumput mempunyai hampir 50,000 pengundi berdaftar.

Calon HARAPAN bagi DUN Bukit Katil, Adly Zahari diiringi jentera parti berarak menuju ke Dewan Tun Ali bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 31 Oktober 2026. Foto Facebook Adly Zahari

Sementara itu, DUN Bukit Katil menyaksikan saingan empat penjuru apabila penyandangnya Adly Zahari (HARAPAN) berdepan Muhammad Ridzuan Mohd Sarif (PN), Dr Aliza Che Amran (BERSAMA) dan calon Bebas, Abu Bakar Sabudin.

HARAPAN mempertaruhkan Farzana Hayani Mohd Nasir di DUN Klebang dalam saingan empat penjuru menentang penyandangnya, Datuk Wira Lim Ban Hong (BN), Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (BERSATU) dan Young Jie Yu (BERSAMA).

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.