Suami isteri, adik maut dalam kemalangan dua kenderaan di Dungun

25 Okt 2026, 2:18 PM
Suami isteri, adik maut dalam kemalangan dua kenderaan di Dungun

DUNGUN, 25 OKT: Tiga sekeluarga maut dalam satu kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 90 Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Loji Air Bukit Bauk, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata polis menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 5.15 petang, melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah pacuan empat roda milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Beliau berkata tiga mangsa yang maut menaiki MPV jenis Nissan Grand Livina iaitu Mohamad Zulkefli Ishak, 32, dan isterinya Norshila Zali, 36, yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Nik Ab Halim berkata seorang lagi mangsa iaitu adik kepada Mohamad Zulkefli, Muhammad Alif Syukri Ishak, 18, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7 malam tadi, ketika menerima rawatan di Hospital Dungun.

“Setiba tempat kejadian MPV dinaiki tiga sekeluarga itu yang dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu, berlanggar dengan kenderaan pacuan empat rodaan yang datang dari arah bertentangan," katanya.

Nik Ab Halim berkata dua mangsa yang menaiki kenderaan pacuan empat roda iaitu Mohamad Syafiq Nasrullah Said, 39, dan Muhammad Fadhlan Abd Manan, 32, cedera ringan.

Beliau berkata kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zaharah di Kuala Terengganu untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Sek 41(1) APJ 1987.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.