ad

Kemudahan dipertingkat, Pantai Bagan Lalang jadi destinasi ekopelancongan

21 Sep 2025, 1:00 AM
Kemudahan dipertingkat, Pantai Bagan Lalang jadi destinasi ekopelancongan
Kemudahan dipertingkat, Pantai Bagan Lalang jadi destinasi ekopelancongan
Kemudahan dipertingkat, Pantai Bagan Lalang jadi destinasi ekopelancongan
Kemudahan dipertingkat, Pantai Bagan Lalang jadi destinasi ekopelancongan
Kemudahan dipertingkat, Pantai Bagan Lalang jadi destinasi ekopelancongan

SEPANG, 21 SEPT: Pelbagai inisiatif dan kemudahan dipertingkat bagi memastikan Pantai Bagan Lalang terus berkembang sebagai destinasi ekopelancongan dan alam semula jadi utama di selatan Selangor.

Yang dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) berkata usaha berterusan itu melonjakkan imej Bagan Lalang sebagai pantai peranginan popular sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

"Kini Pantai Bagan Lalang ada hotel berbintang, inap desa yang cantik serta kemudahan asas, fasiliti yang sentiasa ditambah baik.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPS) Dr Ani Ahmad berucap sempena majlis perasmian Pesta Pantai Bagan Lalang@Sepang pada 20 September 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

"Termasuk taman awam, taman permainan, medan selera, tandas awam dan jalan raya bagi memastikan keselesaan pengunjung," kata Dr Ani Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pesta Pantai Bagan Lalang edisi keenam yang berlansung di sini, semalam.

Menurut beliau, program dwitahunan ini menjadi acara ikonik yang dinantikan bukan sahaja warga Sepang, malah pengunjung dari Lembah Klang, Putrajaya dan Negeri Sembilan dengan penglibatan agensi kerajaan persekutuan, negeri dan daerah.

"Penganjuran tahun 2023 merekodkan seramai 13,555 pengunjung dengan janaan ekonomi RM611,000.

"Kali ini, sasaran adalah 20,000 pengunjung dengan jangkaan pulangan RM800,000 untuk manfaat ekonomi dan perniagaan setempat," katanya.

Aksi pesilat cilik ketika Pesta Pantai Bagan Lalang@Sepang pada 20 September 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Ani menambah pesta tersebut turut menampilkan acara kebudayaan, pertandingan sukan pantai dan program keusahawanan, sekali gus memberi peluang kepada peniaga kecil serta usahawan tempatan meningkatkan pendapatan.

Beliau berharap acara ini dapat mendedahkan peserta dan pengunjung kepada makanan warisan serta kebudayaan setempat, di samping memberi peluang kepada golongan muda dan pelancong luar untuk mengenalinya dengan lebih dekat.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan harapan agar sambungan jalan utama dari KLIA-Sepang–Puncak Pelek–Bagan Lalang dapat direalisasikan segera.

"Jika laluan utama ini disambungkan, akses ke pantai lebih mudah dan potensi pelancongan kawasan sekitar dapat dipertingkat," ujarnya.

Pengunjung mengunjungi reruai ketika Pesta Pantai Bagan Lalang@Sepang pada 20 September 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Ani juga memaklumkan projek Taman Rekreasi Kenderaan (RV) bernilai RM500,000 yang dibangunkan melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan dilancarkan.

"Taman ini akan dibangunkan di atas kawasan seluas dua ekar, dilengkapi 11 tapak kenderaan rekreasi dengan infrastuktur moden termasuk bekalan elektrik, air, tandas, pejabat pengurusan, gerai serta ruang barbeku.

"Projek ini diyakini akan memberi manfaat sosial, ekonomi dan alam sekitar, di samping memupuk gaya hidup sihat komuniti setempat," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.