Remaja ditemukan lemas selepas hilang ketika mandi di Pantai Bagan Lalang

31 Mei 2026, 2:08 PM
Remaja ditemukan lemas selepas hilang ketika mandi di Pantai Bagan Lalang

PUTRAJAYA, 31 MEI: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di Pantai Bagan Lalang di Tanjong Sepat, Sepang selepas dipercayai hilang ketika mandi bersama dengan rakan-rakannya, petang tadi.

Penguasa Kanan Bomba II Mohamad Issmanto Md Pono berkata mayat Mohd Akhil Zamani Sanusi, 17, dijumpai pada jarak kira-kira 300 meter dari pantai, iaitu 10 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

"Mangsa dipercayai telah lemas ketika mandi di tepi pantai bersama-sama rakannya pada kira-kira 3.10 petang.

"Mangsa telah berjaya dijumpai pada 6.50 petang oleh unit Pasukan Penyelamat Di Air menggunakan kaedah penyelaman," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Issmanto berkata petugas Kementerian Kesihatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.