PRN Melaka: HARAPAN pertaruh 21 calon, Adly pertahan Bukit Katil

24 Okt 2026, 3:20 PM
PRN Melaka: HARAPAN pertaruh 21 calon, Adly pertahan Bukit Katil

KRUBONG, 24 OKT: Pakatan Harapan (HARAPAN) mempertaruhkan 21 calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Antara nama yang diumumkan ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin yang bakal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput.

Beliau dijangka berdepan calon PAS yang masih belum diumumkan.

Sementara itu, Pengerusi HARAPAN Melaka, Adly Zahari kekal mempertahankan kerusi DUN Bukit Katil yang disandangnya sejak 2018.

Daripada keseluruhan 21 kerusi yang ditandingi HARAPAN, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) memperuntukkan sembilan kerusi, diikuti DAP dengan tujuh kerusi dan Parti Amanah Negara (AMANAH) sebanyak lima kerusi.

Pengumuman senarai calon itu dibuat Pengerusi HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis di Stadium Hang Jebat di sini, malam ini.

Turut hadir Pengarah Pilihan Raya HARAPAN, Dato’ Seri Amirudin Shari, Timbalan Pengerusi HARAPAN, Anthony Loke dan Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.