Mayat bayi perempuan tujuh bulan ditemukan dalam tong sampah

23 Okt 2026, 11:35 AM
Mayat bayi perempuan tujuh bulan ditemukan dalam tong sampah

SHAH ALAM, 23 OKT: Mayat bayi perempuan dipercayai berusia kira-kira tujuh bulan ditemukan dalam tong sampah di kawasan pembuangan sampah berhampiran sebuah apartmen di Bangsar, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat bayi berkenaan pada jam 10.43 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mayat bayi perempuan itu ditemukan di dalam sebuah tong sampah di kawasan apartmen terbabit.

"Mayat bayi berkenaan kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi tujuan bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Berita Harian.

Hoo berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan melalui Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222.

Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat berkaitan kejadian itu di mana-mana balai polis berhampiran.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.