Sultan Selangor santuni 1,500 anak yatim, kanak-kanak spastik di istana

22 Okt 2026, 9:52 AM
Sultan Selangor santuni 1,500 anak yatim, kanak-kanak spastik di istana
Sultan Selangor santuni 1,500 anak yatim, kanak-kanak spastik di istana
Sultan Selangor santuni 1,500 anak yatim, kanak-kanak spastik di istana
Sultan Selangor santuni 1,500 anak yatim, kanak-kanak spastik di istana

KLANG, 22 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyantuni 1,500 anak yatim dan kanak-kanak spastik pada Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Alam Shah di sini, hari ini.

Majlis bersempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintah Baginda itu turut diserikan dengan keberangkatan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Turut berangkat mengiringi Baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bersama isteri, Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato' Abdul Aziz.

Keberangkatan tiba kerabat diraja pada jam 3.12 petang disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin serta barisan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan Pencak Silat Anak Yatim Paya Jaras dan Kombo Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Persembahan okestra dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika Majlis Jamuan Teh Diraja bersama Anak Yatim dan Spastik sempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor di Padang Mahkota, Istana Alam Shah, Klang pada 22 Oktober 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan sumbangan wang kepada anak yatim, selain meluangkan masa bersalaman dengan tetamu yang hadir.

Sementara itu, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Utama Daliya Dafinah Razali, 12, meluahkan rasa gembira kerana berpeluang bertemu Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor buat kali pertama.

“Saya sangat gembira kerana dapat jumpa Sultan Selangor dan Permaisuri dengan adik dan rakan-rakan lain, sebelum ini memang tidak pernah jumpa.

“Apabila cikgu beritahu dapat ke jamuan sangat gembira dan bersedia. Ini pengalaman paling menarik, alhamdulillah,” katanya ketika ditemui Media Selangor.

DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berangkat bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan isteri, Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini ke Majlis Jamuan Teh Diraja sempena Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Baginda di Istana Alam Shah, Klang pada 22 Oktober 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Dalam pada itu, Duta Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan, Herley Abdul Hamid berkata seramai 60 kanak-kanak spastik turut berpeluang menghadiri majlis berkenaan dan melihat suasana istana.

“Tuanku merupakan penaung persatuan ini dan apabila dimaklumkan dapat ke jamuan, mereka semua sangat teruja untuk masuk istana.

“Baginda sangat dekat dengan persatuan dan kami berterima kasih serta menjunjung kasih kerana menjemput ke Jamuan Teh Diraja ini,” katanya.

Majlis Jamuan Teh Diraja merupakan antara program yang disusun bersempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor (2001–2026) yang berlangsung dari September hingga November ini.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.