SHAH ALAM, 20 OKT: Seorang murid perempuan Tahun Satu meninggal dunia selepas mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas di sebuah sekolah dekat Dengkil, semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang berkata mangsa diberikan bantuan awal pernafasan sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.
Menurut ACP Norhizam Bahaman, polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang wanita pada jam 7.30 malam, seperti dilaporkan BH Online.
Siasatan berhubung kejadian itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.
Bedah siasat dilakukan di Hospital Putrajaya pada jam 8 pagi tad dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Norhizam turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak benar berhubung kejadian itu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Vishno Kumar A/L Tharuma Rethinam, menerusi talian 011-1102 1528.







