Lantai bas reput ragut nyawa anak, penantian ibu berakhir

10 Ogos 2026, 6:14 AM
Lantai bas reput ragut nyawa anak, penantian ibu berakhir

SHAH ALAM, 10 OGOS: Penantian seorang ibu selama tujuh tahun demi menuntut keadilan terhadap kematian anaknya yang terjatuh akibat lantai bas yang reput berakhir apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu memerintahkan lima pihak termasuk pemandu bas dan guru besar membayar ganti rugi berjumlah RM17,573.

Allahyarham Wan Mohammed Adam Mohd Suria ketika kejadian baru berusia 12 tahun dalam perjalanan bersama 30 murid lain, menaiki kenderaan itu untuk menyertai program pendidikan di Besut, Terengganu.

Tragedi itu berlaku jam 11.40 pagi pada 4 Julai 2019 ketika Wan Mohammed Adam dari sebuah sekolah kebangsaan Machang mengikuti program ‘English Booster Week’ UPSR 2019 di bawah Program Empower ECER Academic Training yang dianjurkan Institut Pendidikan Neo (iNED), Universiti Teknologi MARA (UiTM), lapor Sinar Harian.

Dalam kejadian itu, arwah terjatuh melalui lantai bas yang reput sebelum tercampak ke jalan di Kilometer 12, Jalan Pasir Puteh-Machang-Grik.

Nyawanya tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.