Curi kabel KTMB: Seorang lelaki ditahan, dua lagi lolos diri

27 Nov 2026, 8:44 AM
Curi kabel KTMB: Seorang lelaki ditahan, dua lagi lolos diri
Curi kabel KTMB: Seorang lelaki ditahan, dua lagi lolos diri

BUKIT MERTAJAM, 27 NOV: Polis Bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes curi kabel berhampiran landasan kereta api di Kilometer (KM) 16.25, laluan antara Bukit Mertajam dan Simpang Ampat, di sini semalam.

KTMB memaklumkan lelaki itu ditahan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala dua lagi individu dipercayai turut terlibat berjaya melarikan diri.

"Hasil pemeriksaan, pihak berkuasa turut menemukan satu pemotong kabel, dua bilah parang dan kira-kira 50 meter kabel KTMB yang dipotong.

“Suspek kemudiannya dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut," menurut KTMB dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Menurut KTMB, rondaan dan pemantauan akan terus dipertingkatkan bagi mengelakkan kejadian curi kabel yang boleh menjejaskan operasi perkhidmatan tren.

KTMB meminta orang ramai yang melihat aktiviti mencurigakan di kawasan landasan agar segera melaporkannya kepada polis atau hubungi Polis Bantuan KTMB menerusi talian 03-2263 1194.

Semalam kira-kira 50 meter kabel milik KTMB dilaporkan dicuri di laluan itu yang dipercayai menyebabkan gangguan terhadap operasi perkhidmatan tren di sektor Utara.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.