Konon diragut dua lelaki, ibu tunggal didenda RM1,000 tipu polis

14 Okt 2026, 7:18 AM
Konon diragut dua lelaki, ibu tunggal didenda RM1,000 tipu polis

SHAH ALAM, 14 OKT: Seorang ibu tunggal didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku membuat laporan polis palsu kononnya diragut bagi mengelak bayaran penggantian MyKad yang tercicir.

Majistret Mustaqim Sukarno menjatuhkan hukuman terhadap Keranjeet Kaur Shivinder, 41, selepas mempertimbangkan rayuan tertuduh dan hujahan pendakwaan, lapor Berita Harian.

Mahkamah turut memerintahkan ibu dua anak itu dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda, namun tertuduh menjelaskan bayaran berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Keranjeet membuat laporan palsu mendakwa dirinya diragut dua lelaki bermotosikal di Kampung Jorak Elahi, Bukit Pasir, pada 12 September lalu.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Cyberjaya, Sepang, Selangor, pada jam 12.37 tengah hari, 15 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Shahzleen Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Normaahani Rais daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.