Kren terbalik hempap asrama warga emas, penghuni 84 tahun cedera

10 Okt 2026, 8:21 AM
Kren terbalik hempap asrama warga emas, penghuni 84 tahun cedera

SHAH ALAM, 10 OKT: Warga emas berusia 84 tahun cedera di kepala selepas sebuah kren terbalik dan menghempap bumbung asrama pusat jagaan warga emas di Permatang Tinggi, Bukit Mertajam, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu turut membabitkan 48 lagi penghuni dan pekerja yang berada dalam premis sama.

Bagaimanapun, kesemua mereka dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Mangsa yang cedera kepala dihantar ke hospital oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah hari.

Susulan panggilan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kren terbabit diparkir di kawasan yang mempunyai permukaan tidak rata.

Keadaan itu dipercayai menyebabkan jentera berkenaan hilang kestabilan sebelum terbalik lalu menghempap bumbung bangunan asrama tersebut.

"Siasatan awal mendapati kren diparkir di permukaan tidak rata dan dipercayai hilang kestabilan sebelum terbalik dan menghempap bumbung asrama pusat jagaan warga emas itu," katanya, lapor Berita Harian.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.