Belanjawan 2027: Insentif RM150 sebulan kepada 500 guru KAFA berkeperluan khas

9 Okt 2026, 10:56 AM
Belanjawan 2027: Insentif RM150 sebulan kepada 500 guru KAFA berkeperluan khas

SHAH ALAM, 9 OKT: Insentif khas RM150 sebulan akan diberi kepada 500 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang mendidik murid berkeperluan khas, termasuk menggunakan bahasa isyarat dan al-Quran Braille.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Lembaga Tabung Haji (TH) juga akan menanggung sepenuhnya caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi 40,000 imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir.

“Langkah ini antara inisiatif yang diumumkan kerajaan bagi memperkukuh pengurusan hal ehwal Islam, memelihara tradisi keilmuan serta memperluas sokongan kepada penggerak institusi agama di seluruh negara,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Anwar mengumumkan kerajaan turut memperkenal Program Dakwah Kreatif bagi memperkasa dakwah di negara ini.

“Program ini untuk menghasilkan kandungan dakwah yang segar, sahih dan dekat dengan generasi muda menerusi media digital, pempengaruh serta kecerdasan buatan (AI),” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.