SHAH ALAM, 9 OKT: Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah, termasuk kakitangan status lantikan kontrak.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Bantuan Khas Kewangan turut diberi kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak RM750.
"Pembayaran akan dibuat sebanyak dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan sempena Ambang Tujuh Dasawarsa Merdeka (Merdeka ke-70) ," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan juga bersetuju melaksanakan kenaikan pangkat one-off secara Khas Untuk Penyandang kepada 12,000 pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P).
Menurutnya, kenaikan pangkat itu bagi mengiktiraf pegawai cemerlang yang menunggu untuk dinaikkan pangkat susulan perjawatan yang terhad.
"Selain itu, kerajaan juga akan menaikkan jumlahkelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan dinaikkan daripada 360 hari kepada 490 hari.
"Ini bermakna, kadar cuti bersalin meningkat kepada maksimum 98 hari setiap kelahiran,” katannya.
Anwar menambah, kadar pencen terendah RM1,000 kepada akan dinaikkan kepada RM1,350 sebulan yang memanfaat hampir 59,000 pesara, veteran ATM dan penerima pencen terbitan.
Selain itu, kerajaan juga menyediakan sebanyak RM20 juta bagi menambah baik pusat penjagaan anak di fasiliti kerajaan.







