ad
AGENDA

Penjawat awam terima bantuan khas Aidilfitri RM700

24 Feb 2023, 10:35 AM
Penjawat awam terima bantuan khas Aidilfitri RM700

SHAH ALAM, 24 FEB: Penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 pada April ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam turut memanfaatkan pesara yang menerima RM350.

"Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

"(Bantuan) RM350 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan. Insya-Allah, bayaran akan dibuat pada April 2023," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan turut bersetuju meneruskan cadangan menaikkan kebenaran penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sehingga 50 peratus iaitu maksimum 90 hari.

"Kerajaan silih berganti, pemimpin negara kerap bertukar, tetapi penjawat awam sebagai tulang belakang kerajaan setia menggalas amanah negara," kata Anwar yang juga menteri kewangan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.