SHAH ALAM, 9 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2027 bertemakan "Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi" di Dewan Rakyat, hari ini.
Pembentangan kedua bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) menjadi kerangka pembangunan negara bagi tempoh 2026 hingga 2030 yang menumpukan pelbagai usaha antaranya menangani kos sara hidup.
Belanjawan MADANI kelima itu turut menumpukan usaha meningkatkan pendapatan, memperkukuh kebajikan serta menambah baik kemudahan pendidikan, kesihatan dan pengangkutan.
Berikut antara manfaat yang diumumkan:
Bantuan sara hidup
-Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA meningkat kepada RM16 bilion
-Penerima STR mendapat SARA sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun
-Bukan penerima STR berusia 18 tahun ke atas menerima SARA RM100 sebanyak dua kali
-SARA boleh digunakan membeli barangan segar di 216 pasar tani atau tamu FAMA
-RM750 juta bagi 35,000 Jualan RAHMAH dan Jualan Agro MADANI
-Hasil tani segar 30 peratus lebih murah menerusi Jualan Agro MADANI
Gaji dan pendapatan pekerja
-Gaji minimum naik kepada RM2,000 mulai Jun 2027, kecuali PMKS berjualan bawah RM50 juta
-Gaji minimum pekerjaan separa mahir dan graduan diperkenalkan pada RM2,500
-Penanda aras gaji sara hidup GLIC dan GLC naik kepada RM3,400, manfaat 230,000 pekerja
Pelepasan dan pengurangan cukai
-Pelepasan cukai individu meningkat kepada RM12,000
-Cukai pendapatan bercukai RM70,000 hingga RM100,000 turun kepada 18 peratus
-Cukai pendapatan bercukai RM100,000 hingga RM150,000 turun kepada 24 peratus
-Pelepasan cukai diperluas kepada penjagaan keluarga, tuisyen, kasut sukan dan langganan AI
-Lima juta pembayar cukai berpotensi menikmati lebihan pendapatan sehingga RM1,600.
Pendidikan dan pelajar
-Bantuan Awal Persekolahan naik kepada RM200 bagi 5.3 juta murid
-Elaun sara hidup RM2,500 untuk 90,000 pelajar Tingkatan Enam
-RM2 bilion bagi penyelenggaraan dan baik pulih sekolah
-Bayaran balik PTPTN ditangguh bagi peminjam berpendapatan sehingga RM2,500
-Bayaran minimum PTPTN RM50 bagi pendapatan RM2,500 hingga RM3,000
-Diskaun PTPTN 10 peratus bagi peminjam tanpa tunggakan dan membayar teratur
-Dapur Siswa MADANI diperluas ke politeknik dan IPG, termasuk menu RM5
-Bantuan penerbangan FLYsiswa meningkat kepada RM500
Perumahan rakyat
-Hampir RM1 bilion bagi Rumah Mesra Rakyat dan Program Residensi Rakyat
-Jaminan pembiayaan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) RM20 bilion untuk 80,000 pembeli rumah pertama, khususnya bekerja sendiri
-Cadangan pengecualian penuh duti setem rumah pertama sehingga RM500,000
-Rumah pertama sehingga RM750,000 dicadang pengecualian penuh bagi RM500,000 pertama dan 50 peratus bagi baki, untuk perjanjian 2027–2030
Warga emas
-Bantuan Warga Emas meningkat kepada RM1.3 bilion, manfaat hampir 200,000 penerima
-Cukai perkhidmatan jagaan warga emas turun kepada enam peratus mulai Januari 2027
-Pengecualian penuh cukai perkhidmatan bagi yuran jagaan sehingga RM96,000 setahun
-Lebih RM40 juta untuk melatih 8,000 pekerja penjagaan warga emas
-Skim i-Emas membolehkan ahli KWSP berusia 55 dan 60 tahun memilih pengeluaran bulanan
Orang kurang upaya (OKU)
-Bantuan OKU meningkat kepada RM1.5 bilion, manfaat lebih 300,000 penerima
-Bantuan penjagaan OKU terlantar dan pesakit kronik naik kepada RM600 sebulan
-Had pendapatan kelayakan Elaun Pekerja OKU meningkat kepada RM2,000
-Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas naik kepada RM200 sebulan
-Insentif guru pendidikan khas meningkat kepada RM300 sebulan
-Latihan kemahiran khusus untuk 3,000 penjaga OKU baharu
Kesihatan
-Tabung Bantuan Perubatan meningkat kepada RM60 juta
-Skim mySalam diteruskan
-Saringan kesihatan percuma melalui PeKa B40 untuk penerima STR dan pasangan berusia 40 tahun ke atas
-Pelan perlindungan perubatan mampu milik MediAsas diperkenalkan Januari 2027
-Sebanyak 400 ambulans baharu diperoleh
Pengangkutan awam
-Pas My50 diteruskan untuk 300,000 pengguna Prasarana di Lembah Klang
-MyKomuter50 diperkenalkan kepada 40,000 pengguna, jimat purata RM160 sebulan
-Pas percuma untuk murid sekolah, OKU dan kanak-kanak bawah enam tahun
Pekerja gig
-Pakej RM160 juta bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan dan kebajikan pekerja
-Pendapatan bersih median pemandu e-panggilan dijangka naik sehingga RM227, penghantar RM100 sebulan
-Padanan caruman PERKESO 35 peratus, atau 50 peratus jika platform turut mencarum
-Padanan caruman KWSP sehingga RM600 setahun atau RM6,000 seumur hidup
-Pembiayaan RM270 juta melalui BSN dan Agrobank untuk perniagaan dan rumah pertama
Pesawah dan nelayan
-RM2.62 bilion bantuan pesawah, bersamaan kira-kira RM4,300 sehektar
-Insentif penuaian padi meningkat kepada RM100 sehektar semusim
-Insentif pembajakan RM300 dikekalkan
-Diesel bersubsidi RM1.65 seliter diteruskan bagi nelayan layak
-Elaun Sara Hidup nelayan sehingga RM300 sebulan diteruskan
-Pembiayaan Agrobank RM40 juta untuk projek akuakultur
Usahawan kecil dan wanita
-Geran Sejahtera MADANI RM200 juta untuk peralatan dan latihan 40,000 penerima, khususnya wanita
-Pembiayaan mikro meningkat kepada RM6.6 bilion
-Dana Amanah Ikhtiar Malaysia RM3 bilion untuk 360,000 pengusaha
-Pembiayaan TEKUN meningkat kepada RM1.3 bilion
-Geran padanan sehingga RM5,000 bagi pensijilan halal pertama PMKS
Manfaat khusus Selangor
-RM100 juta bagi kolam takungan dan penyelenggaraan sungai untuk menangani banjir kilat Lembah Klang
-Penilaian kapasiti Empangan Batu dan Klang Gate bagi keperluan 30 tahun
-Pembinaan Kompleks Sekolah Bandar Serenia, Sepang
-Pembinaan SJKC Bandar Mahkota Cheras
Anak muda dan peluang pekerjaan
-Sasaran 30,000 pekerjaan baharu menerusi Bakat MADANI
-RM8 bilion bagi program TVET merentas kementerian
-RM3 bilion melalui HRD Corp untuk tiga juta peluang latihan kemahiran
-Pembiayaan PTPK RM500 juta bagi pelatih institusi kemahiran berdaftar.
-CIDB melatih 10,000 belia dalam robotik dan digital
-MARA melatih dan menempatkan 1,000 belia Bumiputera dalam sektor berpertumbuhan tinggi
Kemudahan AI dan digital
-Tambahan 100,000 langganan AI percuma untuk anak muda, termasuk ChatGPT
-Lebih 16,000 kursus dan sijil profesional percuma melalui Rakyat Digital dan Coursera
-Dana MDEC RM30 juta membantu 4,000 PMKS menggunakan AI dan automasi
-Seramai 5,000 profesional AI dilatih dan diperakui
Bantuan belia dan komuniti
-Insentif e-dompet RM100 melalui Budi Belia bagi kesukarelawanan yang memenuhi syarat
-Geran Rukun Tetangga meningkat kepada RM10,000 setahun bagi kawasan berdaftar aktif
-Liga Perpaduan menyasarkan 200,000 peserta sukan tradisional
-RM27 juta bagi sukan sekolah, manfaat lebih 4.6 juta murid.
Penjawat awam dan pesara
-Kelayakan cuti bersalin sepanjang perkhidmatan naik kepada 490 hari, maksimum 98 hari setiap kelahiran
-Pencen minimum naik kepada RM1,350 sebulan, manfaat hampir 59,000 penerima
-Elaun sukarelawan RELA, bomba bantuan, polis dan pertahanan awam naik kepada RM9 sejam; penyelia RM10.80
-Kenaikan pangkat khas sekali beri untuk 12,000 pegawai pengurusan dan profesional
-RM2.3 bilion bagi pembinaan dan penyelenggaraan kuarters penjawat awam
-RM20 juta bagi penambahbaikan pusat jagaan anak di fasiliti kerajaan
Bantuan khas pemandu teksi dan bas sekolah
-Bantuan sekali beri RM1,000 kepada 38,000 pemandu teksi atau kereta sewa dan 15,000 pemandu bas sekolah
Usahawan dan perniagaan kecil
-RM142 juta kepada platform NADI untuk membantu perniagaan dalam talian usahawan muda
-RM10 juta melalui Jom Malaysia bagi pemasaran digital dan eksport produk desa
-Pembiayaan Bank Pembangunan Malaysia Berhad RM1 bilion untuk PMKS meneroka pasaran eksport
Sukan dan kebudayaan
-RM240 juta bagi persiapan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027
-RM460 juta bagi pembangunan sukan, atlet para dan kemudahan sukan
-Lebih RM130 juta menyokong industri filem, muzik dan kandungan kreatif
-Pengecualian penuh duti hiburan tiket filem dan teater tempatan di Wilayah Persekutuan mulai 2027









