Anwar: Keselamatan rakyat keutamaan tangani isu pelarian Myanmar di Malaysia

30 Sep 2026, 1:14 AM
Anwar: Keselamatan rakyat keutamaan tangani isu pelarian Myanmar di Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Kerajaan akan memastikan usaha menangani isu pelarian Myanmar dilaksanakan dengan mengutamakan keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata komitmen itu menjadi asas dalam usaha kerajaan menyelesaikan isu berkenaan secara tuntas termasuk menerusi kerjasama dengan Myanmar bagi penghantaran pulang pelarian secara sukarela dan berperingkat.

Anwar berkata kerajaan turut mengambil langkah lebih tersusun dalam menangani persoalan itu menerusi penguatkuasaan, penyelarasan antara agensi dan kerjasama dengan negara asal.

“Isu pelarian Myanmar bukan permasalahan baharu, sebaliknya legasi puluhan tahun yang telah memberikan tekanan kepada negara dari sudut keselamatan, sosial dan pengurusan.

“Insya-Allah, saya akan memastikan isu ini ditangani secara tuntas, dengan keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia diberi keutamaan, serta pelaksanaannya berlandaskan undang-undang dan nilai kemanusiaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata hasil rundingan bersama dengan Myanmar, sebanyak 5,000 pelarian akan dihantar pulang secara sukarela dan berperingkat, dengan 1,476 daripada mereka memulakan fasa pertama hari ini selepas melalui proses yang dipersetujui kedua-dua negara.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.