Belanjawan 2027: Kerajaan tambah 100,000 langganan AI percuma termasuk ChatGPT

9 Okt 2026, 10:06 AM

SHAH ALAM, 9 OKT: Kerajaan mengumumkan tambahan 100,000 lagi langganan aplikasi kecerdasan buatan (AI) percuma dan diperluas bagi aplikasi ChatGPT.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata AI Malaysia Berhad juga menerima RM15 juta bagi memperkukuh ekosistem AI yang selamat dan beretika, menuju sasaran 200,000 tenaga mahir AI.

“Platform Rakyat Digital juga menyediakan akses kepada kursus digital secara percuma hasil kerjasama bersama Coursera, untuk mengikuti lebih 16,000 kursus dan program Sijil Profesional daripada universiti dan organisasi industri terkemuka dunia.

“Secara keseluruhan, RM6 bilion diperuntukkan bagi memperhebat aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan ciptaan rentas kementerian,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Ogos lalu, Anwar mengumumkan program AI akan dibuka kepada seluruh rakyat iaitu anak muda Malaysia berumur 18 sehingga 30 tahun mulai 1 September.

Anwar dilapor berkata, seramai 100,000 belia yang melengkapkan modul ditetapkan akan menerima langganan aplikasi AI terkemuka secara percuma selama tiga bulan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.