Belanjawan 2027: Sembilan fasiliti kesihatan baharu dibina, RM1.2 bilion baik pulih premis

9 Okt 2026, 9:27 AM
Belanjawan 2027: Sembilan fasiliti kesihatan baharu dibina, RM1.2 bilion baik pulih premis
Belanjawan 2027: Sembilan fasiliti kesihatan baharu dibina, RM1.2 bilion baik pulih premis
Belanjawan 2027: Sembilan fasiliti kesihatan baharu dibina, RM1.2 bilion baik pulih premis

KUALA LUMPUR, 9 OKT: Sembilan fasiliti kesihatan baharu akan dibina serta peruntukan berjumlah RM1.2 bilion disediakan dalam Belanjawan 2027 bagi menyelenggara termasuk baik pulih prasarana hospital dan klinik kesihatan sedia ada.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukan berkenaan termasuklah melibatkan kerja menaik taraf klinik daif yang berbaki.

Beliau berkata pembinaan fasiliti baharu itu antaranya melibatkan Kompleks Klinik Pakar dan Pusat Rawatan Harian di Hospital Sultanah Aminah, Johor; Pusat Pakar Pergigian, Kuching, Sarawak; Kompleks Kesihatan Bersepadu di Gerik, Perak dan Kompleks Kesihatan Bersepadu Rembau, Negeri Sembilan.

“Bagi mempercepat diagnosis dan rawatan pula, lebih RM770 juta disediakan untuk perolehan peralatan canggih dan moden, termasuklah menaik taraf kemudahan hemodialisis di hospital seluruh negara.

“Peruntukan juga melibatkan perolehan 400 ambulans baharu kepada hospital KKM (Kementerian Kesihatan) bagi mempercepat tindak balas kecemasan,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2027 bertemakan “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pembentangannya, Perdana Menteri turut memaklumkan usaha untuk melengkapkan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM) dengan teknologi pembedahan robotik, bagi memperluas rawatan kepada pesakit di Pantai Timur dan utara Semenanjung.

“Sebanyak 18 Institut Latihan KKM pula akan menerima peralatan simulasi klinikal serta makmal sains asas bagi meningkatkan kemahiran lebih 20,000 pelatih serta petugas perubatan dan paramedik,” kata beliau.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.