Tujuh ditahan kes samun barang kemas RM1.7 juta Genting Highlands

7 Okt 2026, 1:15 PM
Tujuh ditahan kes samun barang kemas RM1.7 juta Genting Highlands

KUANTAN, 7 OKT: Polis menahan tujuh individu termasuk beberapa warga asing bagi membantu siasatan kes samun barang kemas seberat 2.5 kilogram bernilai lebih RM1.7 juta di sebuah pusat beli-belah di Genting Highlands, Bentong pada Ogos lepas.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata kesemua individu berusia 25 hingga 64 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang antara 20 Ogos hingga 3 Okt.

“Tangkapan terbaharu melibatkan seorang individu yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba di negara ini.

“Suspek berkenaan masih direman manakala enam lagi sudah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kesemua individu yang ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek utama yang masih diburu.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Pada 17 Ogos lepas, sebanyak 81 barang kemas pelbagai jenis seberat 2.5 kilogram bernilai lebih RM1.7 juta dilaporkan dilarikan tiga lelaki bersenjatakan kapak dan kuku kambing dari sebuah kedai emas di pusat beli-belah berkenaan.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.