37 individu di Hulu Selangor terima bantuan keseluruhan RM684,267

7 Okt 2026, 5:00 AM
37 individu di Hulu Selangor terima bantuan keseluruhan RM684,267
37 individu di Hulu Selangor terima bantuan keseluruhan RM684,267
37 individu di Hulu Selangor terima bantuan keseluruhan RM684,267
37 individu di Hulu Selangor terima bantuan keseluruhan RM684,267
37 individu di Hulu Selangor terima bantuan keseluruhan RM684,267

SHAH ALAM, 7 OKT: Seramai 37 penerima di Hulu Selangor menerima manfaat menerusi tiga inisiatif Kerajaan Negeri membabitkan keseluruhan peruntukan RM684,267.

Tiga inisiatif berkenaan merangkumi Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin, Bantuan Peralatan Blueprint dan Bantuan I-SEED yang memberi tumpuan kepada keperluan kediaman, peningkatan pendapatan serta pengukuhan ekonomi keluarga.

EXCO Sumber Manusia V Papparaidu berkata pelaksanaan bantuan itu merupakan sebahagian usaha Kerajaan Negeri membantu rakyat yang memerlukan dalam beberapa aspek utama kehidupan.

Menurutnya, Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin memberi manfaat kepada tiga penerima di daerah berkenaan dengan jumlah peruntukan RM284,947.

Katanya, bantuan itu melibatkan satu pembinaan rumah baharu dan dua kerja baik pulih rumah bagi penerima terlibat.

Selain itu, seramai 18 individu menerima Bantuan Peralatan Blueprint membabitkan jumlah keseluruhan RM158,810.

Program I-SEED pula memberi manfaat kepada 16 penerima dengan peruntukan berjumlah RM240,510.

“Ini menjadikan keseluruhan 37 penerima daerah Hulu Selangor menerima manfaat menerusi ketiga-tiga inisiatif berkenaan berjumlah RM684,267,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Papparaidu berkata pelaksanaan inisiatif terbabit membuktikan komitmen Kerajaan Negeri membantu rakyat memerlukan, bukan sekadar menerusi angka atau nilai peruntukan tetapi melalui perubahan yang dapat dilihat sendiri oleh rakyat.

“Kita akan terus turun padang, melihat sendiri keadaan rakyat dan memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar memberi manfaat,” katanya.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.