Kapal perang Itali singgah di Pelabuhan Klang 8 Oktober

6 Okt 2026, 10:39 AM
Kapal perang Itali singgah di Pelabuhan Klang 8 Oktober

KUALA LUMPUR, 6 OKT: Kapal Tempur Pelbagai Guna (MPCS) Tentera Laut Itali, Giovanni Delle Bande Nere akan melakukan persinggahan di Pelabuhan Klang dari 8 hingga 11 Okt ini sebagai sebahagian daripada penugasan operasinya di rantau Indo-Pasifik.

Menurut laman sesawang Kedutaan Itali di Kuala Lumpur, kapal yang memulakan pelayaran dari Taranto, Itali pada 3 Mei itu akan menjadikan 10 pelabuhan sebagai pelabuhan singgah sepanjang penugasan berkenaan, sekali gus memperkukuh kehadiran Itali di rantau ini sebagai sebahagian daripada kerjasama antarabangsa yang lebih luas.

“Ia bertujuan untuk mengetengahkan ‘Sistem Itali’ dari aspek teknologi, industri dan budaya serta mempromosikan kecemerlangan Itali menerusi acara utama yang dianjurkan sepanjang lawatan berkenaan,” menurut kedutaan itu.

Kedutaan itu memaklumkan lawatan berkenaan menegaskan semula komitmen Kementerian Pertahanan Itali untuk menunjukkan keupayaan negara itu beroperasi dalam konteks maritim global serta memperkukuh kerjasama dengan tentera laut negara rakan, sekali gus menggalakkan usaha melindungi laluan komunikasi maritim dan kebebasan pelayaran.

Satu acara memperkenalkan industri pertahanan Itali akan diadakan di atas kapal itu pada 8 Okt.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.