PeTA 2.0 tumpu pertanian moden, perkukuh keterjaminan makanan - EXCO

4 Okt 2026, 1:00 PM
PeTA 2.0 tumpu pertanian moden, perkukuh keterjaminan makanan - EXCO
PeTA 2.0 tumpu pertanian moden, perkukuh keterjaminan makanan - EXCO
PeTA 2.0 tumpu pertanian moden, perkukuh keterjaminan makanan - EXCO
PeTA 2.0 tumpu pertanian moden, perkukuh keterjaminan makanan - EXCO

SHAH ALAM, 4 OKT: Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2030 memberi tumpuan kepada pemodenan sektor agro, peningkatan produktiviti dan pengukuhan rantaian bekalan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri.

EXCO Pertanian, Dato’ Ir Izham Hashim berkata tumpuan turut diberikan kepada sektor padi, khususnya usaha meningkatkan produktiviti supaya pengeluaran kekal berdaya tahan dan mampu memenuhi keperluan makanan rakyat.

“Pertanian bukan lagi sekadar sektor tradisional tetapi merupakan sektor strategik yang berkait rapat dengan ekonomi, pendapatan rakyat dan keterjaminan makanan.

“Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh kerjasama bersama Kerajaan Persekutuan, agensi serta para pemain industri supaya sektor agro terus berkembang dan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya menerusi Facebook.

Pada Disember tahun lalu, Izham berkata PeTA 2.0 akan terus diperkukuh bagi memperkasa sektor pertanian sebagai sumber makanan strategik sekali gus pemangkin kepada agropelancongan dan ekonomi tempatan.

Jelasnya, pelan bagi tempoh lima tahun itu digerakkan bagi memastikan pertanian negeri lebih berdaya saing melalui penggunaan teknologi moden, inovasi dan pembangunan agropreneur.

Dilancarkan pada 2022, PeTA menumpukan lima teras utama jaminan makanan negeri meliputi pertanian bernilai tinggi, pertanian moden, rantaian bekalan lengkap, pembangunan agropreneur serta pelancongan agro.

Fasa pertama PeTA yang memfokuskan tanaman bernilai tinggi seperti Melon Selangor (MeloSel), vanila dan bawang dijangka selesai tahun ini sebelum diteruskan ke fasa kedua, sejajar dengan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021–2025.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.