Empat Sonet

4 Okt 2026, 12:30 AM
Empat Sonet

Oleh Jack Malik

Ilustrasi Muizzah

“Semua kertas itu menguning seperti ingatan.”—Victoria Chang

i.

adakah ingatan dokumen atau artifak? sejarah atau pra-sejarah? isteri, anak yang kautinggalkan menjadi arkeologis jadian. ingatan ialah buah yang bertukar warna. hijau berubah ungu. keras menjadi lembut. manis hanya diketahui oleh paruh-paruh kecil. apakah sejarah hiba? di manakah titik mula? adakah bahagia pra-sejarah hiba? aku sejarawan gagal dalam mengingati riwayatmu. ingatan ialah kertas yang kosong. berkali-kali aku cuba membaca kuning permukaannya yang terlalu luas. aku lupa apakah sepatutnya aku gali dan cari. ingatan ialah belulang pipit belum hancur.

ii.

bajumu

kasutmu

pokokmu

keretamu

katilmu

suaramu

baumu

tubuhmu

wajahmu

hidanganmu

sekarang

semua

menjadi

peninggalan

iii.

sejarah pemergianmu

ialah luka paling lama

kami renung; tapak

ekskavasi paling

penting kami temui.

iv.

di situlah semua ingatan kita menguning. 






Kategoriseni budaya

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.