Abang maut dipercayai dipukul adik dengan tukul

3 Okt 2026, 2:30 PM
Abang maut dipercayai dipukul adik dengan tukul

MARANG, 3 OKT: Seorang lelaki maut selepas dipercayai dipukul menggunakan tukul oleh adiknya yang mempunyai masalah mental, dalam kejadian di Kampung Tasek, di sini, hari ini.

Mangsa Mohd Nasir Ismail, 43, yang merupakan anak sulung daripada sembilan adik-beradik, dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala dalam kejadian itu.

Ibu mangsa Hasnah Sulong, 63, berkata dia masih terkejut dengan kejadian itu.

Beliau berkata ketika kejadian dia berada di ruang tamu rumah, sebelum terdengar jeritan dari bahagian hujung rumah, diikuti bunyi seperti seseorang dipukul.

“Saya terus memanggil suami Ismail Ibrahim, 80, yang ketika itu berada di luar rumah. Apabila masuk ke dalam rumah, dia nampak Nasir sudah berlumuran darah dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tasek, di sini hari ini.

Hasnah berkata anak keduanya, Affendi, 42, yang mempunyai masalah kesihatan mental, disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan.

Beliau berkata seorang lagi anaknya Rurazmiza, 36, turut cedera pada bahagian belakang, akibat dipukul menggunakan tukul ketika cuba meleraikan kejadian itu.

“Rurazmia cuba masuk untuk meleraikan kejadian, tetapi dia turut mengalami kecederaan akibat dipukul,” katanya.

Hasnah yang pernah mengalami strok berkata kejadian itu, mengingatkannya kepada insiden kira-kira 12 tahun lepas apabila suaminya pernah ditikam oleh anak sama.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak menghalang keluarga berkenaan daripada terus menjaga dan tinggal bersama dengan suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang Supt Saari Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.