RMS: Debat ruang belia cabar idea, bina keyakinan diri

3 Okt 2026, 1:00 PM
RMS: Debat ruang belia cabar idea, bina keyakinan diri
RMS: Debat ruang belia cabar idea, bina keyakinan diri
RMS: Debat ruang belia cabar idea, bina keyakinan diri
RMS: Debat ruang belia cabar idea, bina keyakinan diri
RMS: Debat ruang belia cabar idea, bina keyakinan diri

PETALING JAYA, 3 OKT: Aktiviti debat menyediakan ruang berharga kepada golongan muda untuk mencabar idea, memahami pandangan berbeza dan membina keyakinan dalam menyuarakan pendapat.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bertitah, platform berkenaan membolehkan belia berfikir secara mendalam, berani mempersoalkan sesuatu perkara serta belajar mendengar pandangan orang lain dengan teliti.

“Kita mahu mewujudkan platform yang membolehkan golongan muda berfikir secara mendalam, bertanya secara terbuka, mendengar dengan teliti dan mempunyai keberanian untuk menyuarakan idea,” titah Baginda.

Baginda bertitah demikian pada Kejohanan Debat Raja Muda Selangor (RMSDC) di Sunway Resort Hotel di sini hari ini.

Kejohanan dua hari itu menghimpunkan 42 pasukan membabitkan 170 pendebat muda dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mempunyai pengalaman serta pandangan berbeza.

Tengku Amir Shah bertitah perbezaan tersebut menjadikan debat lebih bernilai kerana ia mendorong golongan muda mempersoalkan kepercayaan dan pendirian masing-masing.

“Hanya apabila seseorang berdiri di hadapan kita dan berkata ‘saya tidak bersetuju’, kita terdorong untuk bertanya kepada diri sendiri, ‘mengapa saya percaya dengan apa yang saya percaya?’

“Di situlah pembelajaran sebenar bermula. Apabila perkara itu berlaku, jangan takut untuk berkata ‘mungkin saya salah’. Itu bukan kelemahan dan bukan kekalahan, sebaliknya keberanian intelektual,” titah Baginda.

Berdasarkan pengalaman sebagai Transformational Leadership Fellow di Blavatnik School of Government, University of Oxford, Baginda bertitah seseorang boleh belajar daripada individu yang mempunyai pandangan berbeza tanpa perlu bersetuju dengan mereka.

Baginda turut menegaskan golongan muda memerlukan sokongan, peluang dan individu yang sanggup mendengar pandangan mereka, selain perlu memahami bahawa setiap suara hadir bersama tanggungjawab.

Menurut Baginda, kepimpinan bukan sekadar memiliki suara tetapi turut membuka ruang supaya suara orang lain didengari, manakala penganjuran sulung RMSDC menjadi permulaan kepada lebih banyak perbualan, idea dan peluang yang berpusatkan belia.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.