Pekerja penyelenggaraan maut terkena renjatan elektrik di bumbung rumah

3 Okt 2026, 8:47 AM
Pekerja penyelenggaraan maut terkena renjatan elektrik di bumbung rumah

SHAH ALAM, 3 OKT: Lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja penyelenggaraan di sebuah rumah teres di Taman Berangan, di Sungai Petani, pagi tadi.

Mangsa berusia 49 tahun dipercayai pengsan selepas terkena arus elektrik ketika berada di atas bumbung rumah berkenaan.

Mangsa yang juga pekerja penyelenggaraan kemudian dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa datang ke rumah terbabit untuk melakukan kerja menukar kotak elektrik bagi pelanggan.

Mangsa yang menetap di Taman Puteri Jaya kemudiannya dipercayai naik ke bahagian bumbung rumah sebelum berlaku kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.35 pagi.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian itu jam 11.35 pagi tadi,” katanya, lapor Berita Harian.

Menurut Hanyan, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.