Warga emas hilang selepas Proton Wira dipandu terbabas ke sungai

3 Okt 2026, 1:39 AM
Warga emas hilang selepas Proton Wira dipandu terbabas ke sungai

SHAH ALAM, 3 OKT: Seorang warga emas hilang selepas Proton Wira dipandunya terbabas ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah–Lubuk Kawah, Sungai Petani, awal pagi tadi, sebelum kenderaan itu ditemui tanpa pemandunya.

Mangsa, Mat Yusof Hashim, 77, dari Jalan Masjid FELDA Teloi Timur, dipercayai dalam perjalanan dari Jalan Kuala Ketil menuju ke FELDA Teloi Timur ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kemalangan itu dimaklumkan kepada Pejabat Pertanyaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerusi panggilan orang awam kira-kira jam 1 pagi.

"Setiba di lokasi, kereta itu dipercayai hilang kawalan menyebabkannya terbabas ke dalam sungai. Pada awalnya, mangsa dipercayai tenggelam bersama kenderaan terbabit.

"Bagaimanapun, selepas kereta yang tenggelam dalam sungai itu berjaya dinaikkan ke darat menggunakan kren, hasil pemeriksaan mendapati pemandunya tiada di dalam kenderaan," katanya seperti dilaporkan BH Online.

Pasukan bomba kemudian meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan sekitar sungai bagi mengesan mangsa, manakala kereta berkenaan dihantar ke Balai Trafik Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

"Setakat ini, status mangsa masih belum diketahui," katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.