Polis minta bantuan kesan anggota tentera hilang

29 Sep 2026, 2:35 PM
Polis minta bantuan kesan anggota tentera hilang

KUANTAN, 29 SEPT: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang anggota tentera yang dilaporkan hilang sejak 26 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Bentong ACP Zaiham Mohd Kahar dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Muhammad Danial Asraf Azizan, 21, daripada ibunya yang berusia 41 tahun semalam kerana lelaki itu tidak dapat dihubungi sehingga laporan polis dibuat.

Beliau berkata lokasi terakhir lelaki itu dilihat adalah di Kompeni Charlie, Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Bentong.

Zaiham berkata Muhammad Danial berketinggian kira-kira 162 sentimeter, berambut pendek hitam, bermata hitam, berwajah panjang dan berkulit sawo matang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang keberadaan lelaki itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong menerusi talian 09-223 1999.

-- BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.