Polis cari wanita hilang sejak 9 Mac di Kajang

13 Mac 2026, 1:04 AM
Polis cari wanita hilang sejak 9 Mac di Kajang

SHAH ALAM, 13 MAC: Polis sedang mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 9 Mac lalu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata laporan kehilangan wanita itu diterima pada 12.16 tengah hari, lapor Berita Harian.

Menurutnya, wanita berkenaan dikenali sebagai Nur Dinie Sani Hasrul Sani, 25.

“Wanita itu berketinggian kira-kira 154 hingga 155 sentimeter, berat sekitar 48 hingga 49 kilogram dan berbadan kurus.

“Ketika kali terakhir dilihat, dia dipercayai memakai tudung hitam, blazer hitam dan seluar panjang hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata lokasi terakhir wanita itu dikesan di A-15-05, Apartment Sri Cempaka, Jalan Sepakat Indah 2/1, Taman Sepakat di sini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Khairul Azwan Yundis di talian 013-4480997, katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.