Kerugian UiTM Holdings: Bekas pegawai pengurusan tertinggi sebuah perbadanan didakwa lusa

29 Sep 2026, 6:46 AM
Kerugian UiTM Holdings: Bekas pegawai pengurusan tertinggi sebuah perbadanan didakwa lusa

KUALA LUMPUR, 29 SEPT: Seorang bekas pegawai pengurusan tertinggi sebuah perbadanan akan didakwa di mahkamah Khamis ini, berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap isu kerugian UiTM Holdings Sdn Bhd, termasuk dakwaan menyalahgunakan kuasa dalam urusan pembayaran perbelanjaan operasi kepada beberapa syarikat berjumlah kira-kira RM42 juta.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu, ditahan kira-kira 1 tengah hari semalam di kediamannya di sekitar Lembah Klang.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada 2017, dengan membuat pembayaran berkaitan perbelanjaan operasi kepada beberapa syarikat, yang dipercayai mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat berkenaan.

“Penahanan ini, susulan siasatan yang dilakukan SPRM berhubung beberapa isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings Sdn Bhd (UiTM Holdings) pada 2023,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.