Gempa bumi magnitud 4.9 gegar timur Jepun, tiada ancaman tsunami

29 Sep 2026, 12:25 AM
Gempa bumi magnitud 4.9 gegar timur Jepun, tiada ancaman tsunami

TOKYO, 29 SEPT: Gempa bumi bermagnitud 4.9 melanda timur Jepun kira-kira 4.45 pagi Selasa, dengan gegaran mencatat intensiti 4 pada skala intensiti seismik Jepun di beberapa kawasan di wilayah Ibaraki dan Saitama berhampiran Tokyo, lapor Kyodo News memetik agensi cuaca negara itu.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, tiada ancaman tsunami susulan gempa berkenaan.

Japan Atomic Power Co. memaklumkan tiada sebarang keabnormalan dikesan di loji tenaga nuklear Tokai No. 2 di wilayah Ibaraki, timur laut Tokyo.

Agensi itu berkata gempa berkenaan turut mencatat intensiti antara 1 hingga 3 di Tokyo serta wilayah Miyagi, Fukushima, Ibaraki, Tochigi, Gunma, Saitama, Chiba, Kanagawa, Niigata, Yamanashi, Nagano dan Shizuoka.

Gempa berpusat di bahagian selatan wilayah Ibaraki pada kedalaman kira-kira 50 kilometer, menurut agensi berkenaan.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.