Jangan berpolitik pada waktu yang tidak menentu, berpijaklah di bumi nyata 

28 Sep 2026, 9:14 AM
Jangan berpolitik pada waktu yang tidak menentu, berpijaklah di bumi nyata 

Malaysia sedang bergerak di laluan yang sepatutnya, akan tetapi masih terdapat parti politik yang dalam keadaan bermimpi. Beberapa hari yang lalu, Presiden Parti Makkal Sakthi Malaysia berkata bahawa sejak 4 tahun yang lalu Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menentu serta tak membantu rakyat, sekadar menabur janji-janji pilihanraya dan tiada pertumbuhan ekonomi. Mungkin beliau tidak mengikuti maklumat terkini dan sibuk berpolitik.

Prestasi Kerajaan sekarang memberangsangkan di mana ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 5.7 peratus pada separuh pertama tahun 2026. Momentum pertumbuhan kekal kukuh walaupun berdepan tekanan luaran yang berterusan serta keadaan geopolitik yang tidak menentu. Selain itu, nilai ringgit pula kekal stabil sepanjang tahun ini dan antara matawang yang kukuh di rantau Asia. Setakat semalam, ringgit meningkat kepada RM4.08 berbanding dolar Amerika daripada beberapa tahun yang lalu yang teruk keadaannya.

Tambahan dengan itu, Kementerian Kewangan mengatakan pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2026 pula kekal sebanyak RM92.8 bilion. Selain itu, kedudukan negara kini melonjak kepada tangga ke-15 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2026 oleh International Institute for Management Development (IMD) berbanding tangga ke-23 pada tahun lepas. Peruntukan STR dan SARA daripada RM10 bilion pada 2024 kepada RM15 bilion, menjadikannya peruntukan bantuan terbesar bersasar yang tertinggi dalam sejarah. Dalam masa yang sama, kuota Budi95 dan BUDI Diesel juga telah dikembalikan walaupun peningkatan harga minyak mentah dunia akibat konflik Asia Barat kerana kerajaan berikhtiar untuk meringankan beban hidup rakyat.

Pada hari semalam pula, Datuk Seri RS Thanenthiran masih bercakap seolah "tidak pijak di bumi nyata". Parti beliau tidak mempunyai satu representasi kerusi di Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri, tetapi masih boleh minta Barisan Nasional untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan secepat mungkin. Selain itu, beliau kata Kerajaan ini mempunyai dendam dan sedang menguji pimpinan BN kerana Pakatan Harapan tidak berjaya di PRN-PRN yang telah diadakan.

Parti yang dikatakan mewakili masyarakat India itu perlu “ukur baju di badan sendiri”. Hal ini kerana tiada seorang wakil masyarakat India yang menang di PRN Negeri Sembilan mewakili BN apatalah lagi PN. Masyarakat India di Malaysia kenal siapa beliau dan bagaimana nama ''Makkal Sakthi'' yang menjadi sebutan orang ramai pada tahun 2007/2008 itu telah dipergunakan untuk tujuan lain.

Malangnya, masih terdapat segelintir individu dan organisasi yang mengelar diri mereka sebagai wakil masyarakat India yang kini hilang pengaruh, namun masih berusaha menghidupkan kembali organisasi mereka dengan cara yang tidak membina.

Saya ingin mengingatkan bahawa ketegasan dalam bersuara tidak semestinya memberi lesen untuk kita bercakap semberono tanpa menyemak fakta.

*Jestin Raj Savarimuthu adalah Setiausaha Pengelola KEADILAN Selangor

Kategoripendapat

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.