87 jemaah haji Sijangkang terima Insentif Haji Muassasah Selangor 2026

29 Sep 2026, 12:00 AM
87 jemaah haji Sijangkang terima Insentif Haji Muassasah Selangor 2026
87 jemaah haji Sijangkang terima Insentif Haji Muassasah Selangor 2026
87 jemaah haji Sijangkang terima Insentif Haji Muassasah Selangor 2026
87 jemaah haji Sijangkang terima Insentif Haji Muassasah Selangor 2026

KUALA LANGAT, 29 SEPT: Seramai 87 jemaah haji Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang menerima Insentif Haji Muassasah 2026 dengan jumlah keseluruhan RM130,500.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Ahmad Azri Zainal Nor berkata program berkenaan merupakan inisiatif tahunan Kerajaan Negeri Selangor bagi menyantuni jemaah dari negeri ini yang menunaikan ibadah di Tanah Suci.

“... Ini merupakan Insentif Haji Muassasah yang dijalankan setiap tahun oleh Kerajaan Negeri Selangor bersama dengan Yayasan MBI, khusus untuk menyantuni para tetamu Allah dari Negeri Selangor yang pergi menunaikan haji ke Tanah Suci dan pada tahun ini kita peruntukkan sejumlah RM9 juta untuk kuota 6,000 jemaah haji muassasah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Serahan Insentif Haji Muassasah 2026 di Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras DUN Sijangkang, di sini, semalam.

Ahmad Azri berkata setiap penerima menerima RM1,500 manakala jumlah penerima di seluruh Selangor setakat ini sekitar 4,000 orang berbading kuota 6,000 yang disediakan.

Sementara itu, Penyelaras DUN Sijangkang, Datuk Zurihan Yusop berkata jumlah penerima di kawasan berkenaan meningkat berbanding sekitar 64 orang pada tahun lalu.

“Jadi jangan tunggu balik haji baru nak mendaftar, kadang-kadang menyebabkan kelewatan dari segi penyediaan kewangan dan juga kelewatan dari segi majlis penyerahan,” katanya.

Zurihan turut menggesa bakal jemaah yang telah lama menetap di Selangor supaya menukar tempat mengundi ke negeri ini kerana ia antara syarat kelayakan menerima insentif berkenaan.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.