IJN kenang jasa Tun Dr Siti Hasmah dalam bidang kesihatan

28 Sep 2026, 4:15 AM
IJN kenang jasa Tun Dr Siti Hasmah dalam bidang kesihatan

KUALA LUMPUR, 28 SEPT: Institut Jantung Negara (IJN) menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

IJN menerusi kenyataan menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh perubatan negara yang disegani serta dikenang kerana sifat lemah lembut dan prihatin.

“Jasa dan sumbangan beliau terhadap bidang penjagaan kesihatan serta negara akan terus dikenang.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah,” menurut kenyataan itu.

IJN turut mendoakan agar Allahyarham dikurniakan keampunan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Dr Siti Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di IJN pagi ini.

Berita pemergian Allahyarham disahkan anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak.

Jenazah Allahyarham Dr Siti Hasmah dibawa keluar dari IJN pada 10.48 pagi tadi untuk dibawa ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan.

Difahamkan, jenazah akan disolatkan selepas solat Asar di masjid berkenaan petang ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.