Polis siasat unsur buli dalam kematian pelajar 14 tahun

27 Sep 2026, 1:55 PM
Polis siasat unsur buli dalam kematian pelajar 14 tahun

SHAH ALAM, 27 SEPT: Polis menyiasat kemungkinan unsur buli dalam kematian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah asrama sekolah di Kuala Pilah, termasuk dakwaan mangsa dipukul kerana disyaki menghisap vape.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata pihaknya sudah menerima maklumat mengenai dakwaan itu dan siasatan masih dijalankan, lapor Kosmo!.

“Siasatan masih dijalankan sama ada wujud buli atau tidak sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, keputusan bedah siasat masih belum diperoleh kerana polis menunggu laporan Jabatan Kimia.

Semalam, Alzafny dilaporkan berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa melanggar peraturan sekolah.

Susulan itu, seorang pelajar tingkatan empat dipercayai menegur dan ‘menghukum’ mangsa berkaitan kesalahan berkenaan.

Setakat semalam, polis sudah merakam keterangan 21 individu termasuk pelajar, guru dan ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan.

Seorang pelajar berusia 16 tahun direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.